Peserta
- Membuat ujian psikometrik.
- Pautan ke laman INSKEN.
- Masuk markah yang diperoleh.
- Muatnaik keputusan psikometrik (PDF).
- Memasukkan maklumat diri pemohon.
- Memasukkan maklumat syarikat.
- Muatnaik Sijil Pendaftaran Syarikat.
- Sistem membuat tapisan dengan mengambil kira syarat-syarat berikut :-
- Berumur 18 hingga 40 tahun.
- Kawasan luar bandar berdasarkan parlimen.
- Ada SSM / Ordinan Perniagaan Sabah atau Sarawak.
- Syarikat beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Warganegara Malaysia.
- Bukan bekas pemenang RBC tahun-tahun sebelumnya.
- Bukan muflis dan tidak disenaraihitam.
- Jika melepasi syarat, teruskan ke no. 4. Jika tidak memenuhi syarat, peserta tidak boleh meneruskan saringan seterusnya.
- Memasukkan maklumat Rancangan Perniagaan (RP).
- Muatnaik dokumen Rancangan Perniagaan (RP) yang lengkap dalam bentuk PDF, gambar dan video pengenalan perniagaan (capaian video kepada pihak ke tiga - maklumkan durasi dan kandungan video)
- Penilai akan membuat penilaian terhadap Rancangan Perniagaan (RP) dan ujian psikometrik. Penilai memberikan markah melalui Borang Penilaian 2.
- Peserta yang berjaya akan dinilai di peringkat seterusnya.
- Penilai akan membuat penilaian prestasi kewangan. Penilai memberikan markah melalui Borang Penilaian 3.
- Peserta yang berjaya akan dinilai di peringkat seterusnya.
- Peserta dimaklumkan jika berjaya ke penilaian seterusnya. Seorang penyelia terlibat untuk lawatan tapak dan penilaian teknikal. Penilai memberikan markah melalui Borang Penilaian 4. Penilai akan memuat naik video dan imej sebagai bukti.
- Peserta yang berjaya akan dinilai di peringkat seterusnya
- Peserta yang berjaya akan di panggil temuduga. Jika peserta tidak bersetuju untuk di temuduga, peserta dikira menarik diri dan kekosongan ini akan digantikan dengan peserta lain.
- Penilai akan menemuduga peserta dan peserta perlu membuat pembentangan berkaitan rancangan perniagaan mereka.